Wednesday, May 30, 2012

Carilah Lelaki yang Mampu Jadi Imam


“Abang..hari tu ingat period dah habis. Ayang dah mandi, dah solat. Tapi hari ni keluar balik..kira period balik ke bang? ”
” Maybe kot. Try search kat google..”
” Dah tapi macam tak paham sangatla bang. Erm, Kak Erma cakap dekat masjid belah pagi ada kuliah muslimat, ada ustazah ajar masalah-masalah macam ni..”
“Buat apa..cari je kat youtube. Banyak kuliah-kuliah dalam tu. Lagipun abang sibuk, mana sempat nak hantar nak ambik kat masjid..”
Dan si isteri terus terdiam. 3 tahun perkahwinan, isu yang sama berulang, si suami pula terus menerus memberi alasan.

*****************
Asal kepada seorang wanita adalah pengikut. Ertinya, dia berhajat kepada pemimpin dan pembimbing.
Asal kepada seorang lelaki pula adalah ketua. Ertinya dia merupakan seorang pemimpin dan pembimbing.
Sebab itu dianalogikan suami sebagai imam.
Apa peranan imam dalam solat?
Guide makmum, kan? Apabila selesai dibaca Al-Fatihah, makmum mengaminkan bacaan tersebut. Apabila imam rukuk, makmum ikut rukuk. Apabila imam sujud, makmum ikut sujud.
Bagaimana pula jika imam tersalah rakaat? Atau terlupa dalam bacaan surah?
Makmum menegur. Lelaki bertasbih, perempuan bertepuk. Ada tatacara dan tertibnya.
Analogi ini suatu yang besar jika benar-benar diaplikasikan dalam hidup.
Dalam solat, ada imam dan ada makmum dengan segala tatatertibnya.
Di luar solat, ada ketua dan ada pengikut dengan segala undang-undang dan aturannya.
Begitulah indahnya Islam. Ia datang untuk menjernihkan hidup manusia dan memastikan manusia hidup dalam aturannya yang benar, betul dan tepat.

PERKAHWINAN

Ia bukan perjanjian sehari dua atau sebulan dua. Bukan juga sampai tua.
Ia perjanjian sampai mati.
Justeru, sebelum berkahwin, mesti fahami peranan masing-masing dalam perjalanan panjang tersebut.
Suami terutamanya. Jangan seronok sahaja kerana digelar ketua. Tetapi tidak pula bersedia bersungguh-sungguh untuk menjadi seorang ketua.
Ada tanggungjawab yang besar Allah bebankan seusai lafaz akad nikahmu.
Jangan hanya seronok tersengih-sengih dan bergambar mesra ( kemudian ditayang sehabis bangga di alam maya ) tetapi bab bersuci pun entah ke mana. Haid dan nifas dianggap sebagai ‘bab orang perempuan’ yang tidak perlu diketahui oleh lelaki.
Sebab itu tidak pelik, ada suami menengking isteri bila disoal tentang itu.
” Awak kan perempuan? Hidup dah bertahun-tahun takkan awak tak pandai-pandai lagi bab tu?! ”
Suami yang bertanggungjawab tidak akan mengungkapkan kata-kata seperti itu. Hakikatnya, ia adalah ungkapan alasan bagi suami yang mahu lari dari tanggungjawab.
Bukankah mengajar isteri fardhu ain itu suatu perkara wajib bagi suami?
Bukankah kalau isteri jahil tentang bab-bab haid, nifas, istihadhah dan sebagainya maka suami yang akan menanggung dosanya?
Bukankah menjadi kewajipan bagi seorang suami menghantar isterinya ke kelas agama jika dia tidak mampu mengajar perkara-perkara tersebut?


MENCARI SEORANG IMAM

Tak kacak tak apa, sebab lelaki memimpin bukan dengan kekacakan.
Tak kaya tak apa, sebab kekayaan bukan asbab hebatnya kepimpinan.
Ada lelaki rupanya tidak kacak, kulitnya gelap tetapi penampilannya kemas dan kefahaman agamanya cukup baik.
Namun ada ramai juga lelaki yang kacak, tetapi rambutnya panjang tidak terurus, pakaiannya selekeh dan tidak langsung menggambarkan ciri-ciri seorang pemuda Islam. Kefahaman agama dianggap perkara remeh.
Saya sebutkan ini kerana saya kira, memilih seorang imam tidak mudah.
Mungkin ramai wanita akan bertanya, bagaimana mahu memastikan dia seorang imam yang baik?
Ada yang merasakan lelaki kaki masjid itu terbaik sebagai imam.
Ada yang merasakan lelaki pandai bertazkirah agama itu terbaik sebagai imam.

Ada juga yang merasakan lelaki ‘berpengajian agama’ itu paling baik sebagai imam.
Saya geleng kepala.
Sungguh. Ia susah kerana sebagai manusia, kita hanya penilai zahiriah sedangkan batiniahnya, hanya Allah yang tahu.
Pun begitu, saya suka mencadangkan.
Sebagai wanita, anda diberi satu tempoh yang istimewa sebelum anda sah bergelar isteri kepada seorang lelaki. Tempoh itu dinamakan tempoh ‘suai-kenal’ atau istilah rasminya , bertunang.
Ramai orang tidak menggunakan tempoh ini sebaik mungkin. Ada yang belum apa-apa, sudah meletakkan ‘sepenuh ketaatan’ kepada si tunang. Ada yang melayan borak siang malam sampailah kepada bertemu di taman dan tengok wayang.
Jangan tiru tabiat-tabiat seperti itu. Bukan sahaja agama mengatakan ia sebagai tidak baik, bahkan akal juga mengatakan demikian.

MANFAATKAN TEMPOH BERTUNANG

Itulah satu-satunya tempoh terbaik untuk anda menguji sejauh mana si lelaki mampu menjadi imam kepada anda nanti.
Menguji itu tidak salah. Gunalah pelbagai method yang ada. Jangan mengintip dia di bilik tidur sudah.
Antara method yang mungkin anda boleh gunakan adalah, method perbincangan.
Jangan lupa, waktu berbincang itu, antara anda dan dia bukan suami isteri. Justeru, tidak ada ‘kewajipan’ sebagai isteri yang perlu anda tunaikan di ketika itu. Demand anda masih tinggi. Anda masih boleh mengatakan ‘tidak’ kepada dia jika tidak kena caranya.
Method berbincang, jika kena caranya, boleh memberi gambaran yang baik adakah si lelaki sudah menepati ciri-ciri seorang imam ataupun tidak.
Malangnya, method perbincangan ini tidak banyak digunakan dengan betul. Antara sebab utamanya adalah, sudah jatuh hati dan berpendapat, tiada jalan untuk berpatah balik melainkan meneruskan perkahwinan, biarpun tersingkap seribu kekurangan.
Tanpa sedar, ia mencacatkan hikmah sebuah pertunangan.

ASALKAN DIA BAIK ?

Biarlah dia tidak pandai agama pun, asalkan dia baik. Dia sayang saya, prihatin dan saya yakin dia mampu membahagiakan saya.
Alhamdulillah, anda telah menemui seorang lelaki yang baik.
Tetapi kita di sini tidaklah bercakap perihal baik atau tidak.
Sama juga dengan soalan skeptik : habis, orang tutup aurat semua baiklah?
Ustaz Azhar Idrus jawab : belum tentu, tapi orang yang baik mestilah akan menutup aurat.
Ini pun serupa. Bukanlah lelaki yang meremehkan soal agama itu tidak baik, tetapi seorang lelaki yang baik pastilah tidak akan meremehkan soal agama.
Dia pastilah seorang lelaki yang benar-benar mempunyai ciri-ciri seorang imam.
Nah, carilah lelaki jenis itu sebagai suami. Lelaki yang mampu menjadi imam, dalam dan luar solatmu.
Lelaki yang bertegas denganmu dalam hal-hal agama, dan berlembut denganmu dalam hal-hal dunia.
Bukankah dirimu mahukan perkahwinan itu sampai ke syurga? Bagaimana mungkin seorang lelaki yang tidak tahu jalan ke syurga boleh membimbingmu untuk sampai ke sana?
Buatlah pilihan dengan bijak.
Carilah untuk dirimu seorang IMAM, bukan semata-mata seorang jejaka.

“CARILAH”
LELAKI yang MAMPU menjadi IMAM untuk KAMU,
Yang MENITISKAN AIR MATANYA apabila MELIHAT
KESAKITAN KAMU KETIKA MELAHIRKAN ZURIATNYA ,
Dan LELAKI yang MEMBANGUNKAN KAMU untuk BERIBADAT
BERSAMA – SAMA DI SEPERTIGA MALAM .
JIKA PENCARIAN ITU TELAH KAMU TEMUI , JANGAN LUPA
BERSYUKUR KEPADA-NYA . jadilah, PERMAISURI HATINYA , PENEMAN DIKALA SUKA dan DUKA, PENGUBAT RINDU dan LARA

p/s : ingat tu gadis-gadis walaupun kamu nak kahwin awal, pertimbangkan soal ini juga. Yang lelaki, selamat berusaha menjadi imam yang terbaik untuk dia :)



copypaste dari Facebook

Monday, May 28, 2012

Confusion in Relationship


Sometimes there are people who get confused in their relationship whether they are really in love with their partner or vice versa. Sounds weird huh. But it actually happens in our real life. Though it might not happen to you but it might happen to someone else. It's kinda funny to know that there are people who get confused with their own feelings. However we can't really blame them for their mistakes. At least they tried to tell you the truth although it hurts. Well, to those who might be in this situation right now, I have some tips to share with you. I don't know whether it's true or not but I think it may help you a little bit. Click here.
Hey, never ever do such mistakes again! Cause it gonna hurt your partner a lot!

Have a nice day everyone. :)
If you ask me how I'm doing
I would say I'm doing just fine.

Sunday, May 27, 2012

Masa Luang~

xoxo

Currently at Kuala Lumpur International Airport. I have another 1 hour and 30 minutes to wait for my flight. Lama gila nak kena tunggu. *sigh* Nasib baik naik MAS. Kalau naik Air Asia boleh jadi gila menunggu. huhuhu~ Well, actually takde beza pun naik MAS or Air Asia. Sama je pun. Tapi betul ke orang yang naik MAS ni orang kaya je? Well, sebenarnya mindset orang je yang cakap naik MAS ni orang kaya. I don't feel rich at all. Kalau nak feeling-feeling jadi orang kaya boleh la tapi hakikatnya tak kaya pun. -_- Okayy~ right now I'm trying to find a topic for this entry cause I haven't think about anything yet. Oh yes, sekarang ni saje je nak isi masa yang banyak ni. Cause dah tak taw nak buat apa. Now tengah tunggu kat depan gate departure. Ramai yang dah masuk. Rasa macam nak masuk juga tapi nanti pukul 7.15pm jela masuk. Takut tak boleh masuk boarding gate pula nanti and then terpaksa berdiri pula.


My boarding pass :)
Sempat lagi nak snap pic.. tapi xboleh nak senyum nanti nampak macam syok sendiri plak. hoho~ in the departure gate..


Haa~ bercakap tentang KLIA ni. I still remember the moment where I'd lost my I.C. At that time I was flying back to KK with Aman and Nita. We were rushing to the boarding gate cause it was almost the departure time. Along the way to the boarding gate kitorang jenguk-jenguk la booth-booth yang kat tepi-tepi tu walaupun dah lambat. I was holding so many things back then. Dengan 2 beg tangan yang berat and Mc Donald yang di bungkus (lapar gila masa tu T_T). Then bila nak masuk boarding gate tu mesti la kena tunjuk I.C. baru dibenarkan masuk. Ada dalam 15 minit lagi sebelum departure. Suddenly I realized that I lost my I.C.  I was freaking panic at that time. I threw all of my things inside my bag on the floor including my wallet because I want to search for my I.C. Sadly, I couldn't find it anywhere. Then I asked the officer whether they will let me enter the boarding gate without my I.C or not and they said no because it's one of the policy. I was like *************************.. :) hehehe.. Panic macam orang gila masa tu. Cuak nak mampossss. Dah la tinggal beberapa minit je lagi before nak fly. But the first officer that I talked to memang tak boleh nak tolerate langsung. He was so mean. Dia suruh cari I.C sampai jumpa kalau tak nanti tak boleh fly. Sh** gila mamat ni (cakap dalam hati masa tu). Then dengan gigihnya berlari la aku ke tempat emigration di mana kali terakhir aku ingat aku pegang I.C. I tried to look for it but it was not there. So I went back to the boarding gate and begged them so that they will let me enter the gate. At first I was crying like hell and everyone saw me at that time. Aku peduli hapeeee~ hahahahaha.. cuak kot. Kalau tak boleh balik mana la aku nak tinggal. haiyoo.. Thank goodness masa tu ada Aman. Dia tolong banyak masa tu. Dia yang tenangkan aku. Then datang la ketua bahagian departure ni. Dia yang bagi aku masuk but with my own risk la. Nasib baik masa tu ada student card. Benda tula yang jadi penyelamat aku. huhuhu.. Pokoknye, lain kali jangan cuai sangat and jangan pegang terlalu banyak barang cause anything could happen. Since then, I am very particular about my I.C. Kadang-kadang takut juga nak balik sorang cause takut benda sama jadi lagi. But alhamdulillah setakat ni tak berlaku lagi la. hihihi..

Tadi before nak balik I had lunch with Ijad, Eizhar and Aziz. Lama gila lepak kat McD KL Sentral. Borak-borak sampai lupa tengok jam. Masing-masing dalam kesedihan. Alolololo~ hahaha.. Chillax guys. Kita semua sama. :') Thanks for the lunch. Looking forward to see you guys again after the holidays.

P/S: I love my friends. Thank you. :)

Sunday, May 13, 2012

A Letter For A Friend..

We did a lot of silly things together. We shared our smiles and tears. Those are the memories that I will never forget.

" Assalammualaikum sahabatku Anizzah..
Setiap pertemuan itu pasti ada perpisahan dan perpisahan itulah yang menilai kemanisan sesuatu hubungan tanpa kita sedari.
Perpisahan itu jugalah yang menilai kesetiaan satu ikatan persahabatan.
Aku nak ucap banyak-banyak terima kasih sebab jadi kawan aku.. teman aku.. sahabat aku..
Kongsi macam-macam.. gelak, nangis.. semua sama-sama..
Walaupun sedih jauh dengan kau, tapi sekurang-kurangnya aku lega.. sebab..
Kau n aku balik bawa satu memori yang terindah.. memori yang tak mungkin aku lupa.
Seronok kawan dengan kau..
Aku minta maaf kalau aku ada buat kau terasa tanpa aku sedar..
za..
amalkan apa yang kau dapat kat sini.
Banyak benda yang mematangkan kita.
Aku nak buat permintaan.. tapi aku nak kau ikhlas melakukannya.
Aku nak kau bertudung.. cantik.. aku suka tengok kau..
Memang macam berat permintaan aku ni.. tapi kau try ar berubah slow-slow.
Semoga hari mendatang kau, kau jadi lebih baik..
Wanita yang solehah..
Ahaks! wei, aku pun syg gilak sama kau bha.. (aku masih malu-malu nak cakap face-to-face) hahak.. muax2! "
(Allahyarhamah Nurul Hafizah binti Mohd Faizul Aris, 2010)

Nurul Hafizah binti Mohd Faizul Aris
(1992-2012)
Al-Fatihah

Buat sahabatku Fiza, aku akan sentiasa mendoakan kesejahteraan kau di sana. Semoga kau ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Maafkan aku kerana terlalu emosi pada hari aku tahu akan pemergianmu. Amatlah sukar bagi diriku untuk menerimanya. Namun, segalanya telah ditakdirkan dan sudah tertulis. Allah Maha Mengetahui. Sesungguhnya Allah lebih menyayangimu sahabatku..

Ya Allah Ya Tuhanku, kau tempatkanlah wanita ini disisiMu Ya Allah. Lepaskanlah dia dari seksaan kuburMu dan juga seksaan api nerakaMu Ya Allah. amin..

Saturday, April 7, 2012

Untitled # 8

"Let go."

Easy said than done.

Deep inside my tiny little heart I still have that tiny little space for you.

It's just too hard to let you go.

People come and go. That's life.

You will always be my stranger.

Tuesday, March 27, 2012

Untitled # 7

Sometimes destiny brings a stranger in our life when we need it the most.
That stranger makes us feel special and helps us when we are in trouble, it soothes our souls.
He brings laughter and love back in someones life.
When his job is done he moves on to the next person in need.
Was i your stranger?
If so, did i help?
I'd rather live life as the stranger that influenced you than to live as the loser you let go of.